Psikologi :Anxiety attack/ Anxiety disorder
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah lama tidak berkongsi cerita, akhirnya ada juga benda yang ingin dikongsikan. anxiety attack atau anxiety disorder, adalah suatu keadaan dimana individu merasai ketakutan/kebimbangan melampau. Aku pelajar psikologi, mengambil subjek psikologi, dan diajar banyak benda tentang ilmu psikologi. mental, fisiologi, personaliti, perkembangan dan banyak lagi. ironinya, aku termasuk dalam beberapa ratus ribu atau mungkin sudah mencecah angka juta masyarakat Malaysia yang mengalami masalah jiwa atau nak sedap bunyinya adalah mental tidak sihat.
Anxiety boleh disebabkan oleh banyak perkara dan sememangnya anxiety berbeza dengan rasa takut dan bimbang yang biasa. Individu yang takut/bimbang boleh mengatasi kebimbangan itu dengan lebih mudah berbanding individu yang mengalami anxiety kerana anxiety bukan sahaja mengganggu minda mereka, malah mengganggu kitaran tubuh badan dan fisiologinya. Contoh rasa takut yang melampau sehingga rasa sesak mafas, perut memulas seperti ingin ke tandas, malah mengganggu masa tidur. Anxiety mungkin boleh berlaku disebabkan trauma, overthinking, atau kurang gormon serotonin. Banyak lagi sebenarnya punca yang menyebabkan anxiety. Dalam kes saya, saya anxiety tentang kematian. Payah hendak mengubah mindset apa yang nerada difikiran sendiri, kan?
Bagi sesiapa yang berasakan memiliki simptom-simptom anxiety, silalah dapatlan rawatan segera di hospital kerajaan mahupun swasta. Hal ini kerana mental sangat mempengaruhi tubuh badan, begitu juga sebaliknya. Perasaan takut dalam minda boleh menyebabkan badan jadi tidak bermaya, lesu dan tidak bersemangat. Anda boleh dapatkan ujian saringan kesihatan Mental(DASS) di group Fb anxiety survivor(Malaysia) kalau tak silal. Hahaha
Terakhir pesanan saya, pandai-pandailah menjaga kesihatan mental, kerana mental yang sihat akan lebih memberi kebahagiaan dalam kehidupan kita
~Menulisdengancinta

Ulasan
Catat Ulasan