JUBAH DAN STOKIN
Masa umur 13 tahun, budak perempuan nie langsung tak tahu agama.. hidup pun dengan alasan untuk teruskan kehidupan. Macam orang biasa.. Tak ada apa yang istimewa baginya tentang agama.. Walaupun budak perempuan tu masuk kelas aliran agama, dia tetap dia. Tak kisah apa pun yang dipelajarinya tentang agama..
Bila budak tu berumur 14 tahun, perangainya terus berubah.. Berkawan dengan budak bermasalah, asyik ponteng sekolah, malah melakukan banyak kesalahan disiplin.. Rambutnya pun dipotong pendek.. Kononnya nak tunjukkan betapa jantannya dia. Di dalam kelas, dia seperti angsa hitam, bertudung pendek sedangkan kawan-kawannya yang lain bertudung labuh.. Dia tidak kisah. Baginya, itu suatu keistimewaan kerana dia berbeza. Acapkali dia melihat sahabat-sahabatnya yang bertudung labuh dan berstokin, hatinya selalu berkata:
"Apalah yang best sangat dengan tudung labuh? Pakai stokinlah. Bajet alim lah tu.Bukannya tak tutup aurat pun kalau pakai tududng pendek." Itu yang selalu dikatakannya dalam hati.
Hairan, bagaimana dia boleh terjebak dalam kumpulan Usrah sedangkan perangainya sedemikian rupa.
namun,budak perempuan itu, Allah berikan sedikit hidayah. Allah berikan kemampuannya untuk berfikir dengan mendalam. Setelah puas berfikir dan asyik berdalih tentang jawapan yang terlintas di mindanya, hanya satu yang dia temui.
Dia kosong tanpa agama. Dia seperti tubuh tanpa nyawa yang cuba bergerak di dunia tanpa tujuan. Saat itu, dia mula berubah. cuba sedikit demi sedikit, dan akhirnya dia berjaya keluar dari jalan hitamnya..
Kini, dia merenung pakaiannya. Dia berjubah dan berstokin. Satu benda yang tak pernah terfikir dimindanya. Dulu, dia kerap memandang serong kepda perempuan yang berpakaian sedemikian, kini dia elah menjadi sebahagian daripada mereka. Cuma, hatinya kini sendiri, kerana dia tahu betapa hinanya dia disisi tuhan.
TULISDENGANCINTA
Ulasan
Catat Ulasan