Tuhan cipta lidah tidak bertulang, lembut dan nampak lemah. Tapi, sebenarnya, lidah adalah senjata yang paling tajam yang bisa merobek hati dan nurani manusia. aQ tak tahu, macam mana kita selalu tak sedar sebenarnya kita nie dah terkasar bahasa, terguris perassan orang hanya dengan menggunakana lidah kita. Bagi aQ, itu pun dah cukup MAGIC. Sebab tulah, ISLAM kata, berkata baik atau DIAM. Kalau rasa mulut tu memang cabul sangat, satu je cara dia,diam or biasakan mulut sebut benda yang baik-baik sahaja. Jadi, macamana kita nak pastikan kita sebut yang baik-baik sahaja. Hah, disinilah kita nampak peranan hati. Kalau hati kita sentiasa baik, lidah kita juga akan mengeluarkan kata-kata yang baik. Cikgu usrah aQ selalu pesan, masa melatah, jangan biasakan diri mencarut. Cuba ganti benda-benda tu dengan nama-nama Allah. Mula-mula memang tak biasa or tak terikut, tapi lama-lama benda tu akan jadi automatik tau. Perkataan atau kata-kata ini mempunyai banyak fungsi. F...
sekadar tulisan yang mengganti kata yang tidak mampu diluah secara zahir